Monday, February 11

Joseph Lim Guan Eng & Ramasamy Dibakar Rakyat Batu Kawan....


Perkara: Bantahan Aman Ketidakpuasan Hati Penduduk Ladang Batu Kawan.

Tempat : Di hadapan Restoran Hai Siang Seafood, Jalan Besar, Simpang Empat, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Berang dengan sikap Timbalan Ketua Menteri 2, P Ramasamy dan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang dikatakan memungkiri janji Pilihan Raya Umum yang ke-12 (PRU12) lalu, sekumpulan penduduk di Ladang Batu Kawan bertindak membakar sebuah keranda yang dibuat khas untuk dua pemimpin kerajaan negeri itu.

Mereka yang terdiri kira-kira 40 orang masyarakat India di kawasan berkenaan turut membakar gambar kedua-dua pemimpin itu di Jalan Besar, Simpang Ampat.

Presiden Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), MV Mathiyalagan berkata, sikap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khasnya Ramasamy amat mengecewakan rakyat khususnya masyarakat India apabila ADUN Perai itu didakwa hanya pandai memberikan janji manis kepada mereka.

Mathiyalagan berkata, setelah kemenangan dicapai oleh Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu segala janji yang ditaburkan kepada rakyat dimungkiri dan PR tidak membawa sebarang perubahan kepada masyarakat India di negeri ini.

Menurutnya, kesal dengan sikap ‘cakap tak serupa bikin’ kerajaan negeri itu, pihaknya telah mengemukakan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri namun sehingga hari ini tidak ada sebarang respon yang diberikan.

“Banyak janji-janji yang ditaburkan mereka sebelum PRU12 namun semuanya janji tinggal janji.

“Sikap pemimpin kerajaan negeri ini terutamanya Ramasamy mencabar para pengundi di kawasan ini. Konsep ketelusan dan akauntibiliti yang dilaungkan kerajaan negeri langsung diabaikan olehnya,” katanya.

Turut hadir adalah Ketua MIC Cawangan Batu Kawan, S Linggam dan ahli jawatankuasa IPF Cawangan Batu Kawan, A David.

Mathiyalagan berkata, antara janji yang pernah ditaburkan kepada masyarakat India oleh Ramasamy adalah memberi peruntukan untuk pembangunan sekolah tamil, pemberian geran kepada kuil sri maha mariaman, kuil sri murugan, isu perkuburan dan pelbagai janji lain yang gagal dilaksanakan.

Beliau mendakwa, Ramasamy juga gagal memenuhi janji untuk lebih akrab dengan masyarakat India dan mengabaikan konsep persaudaraan.

“Demi kepentingan politik, Ramasamy telah menghancurkan konsep persahabatan penduduk yang diamalkan sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Mathialagan berkata, isu yang paling membuatkan masyarakat India di negeri ini berang dengan kepimpinan Timbalan Ketua Menteri 2 itu ialah berkenaan isu tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan telah diambilalih oleh Lembaga Wakaf Hindu yang telah diwujudkan oleh PR semata-mata untuk mengaburi masyarakat India, walhal ia sebenarnya bertujuan untuk melakukan rampasan bagi pihak DAP.

Menurutnya, Ramasamy tidak seharusnya masuk campur kerana dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk campurtangan dalam isu pentadbiran kuil.
“PR juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan rampasan tanah perkuburan masyarakat India memandangkan tanah tersebut telah diberikan oleh Kerajaan Negeri terdahulu dan telah dipersetujui untuk dijadikan sebagai tanah perkuburan masyarakat India Ladang Batu Kawan.

“Masalah ini perlu diselesaikan dengan segera oleh Kerajaan Negeri bagi mencerminkan mereka cekap, akauntibiliti dan telus seperti yang mereka laungkan sebelum ini,” katanya.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive