Wednesday, January 9

MELOYAKINI MEMANG NAK CARI PASAL DENGAN POLIS.....


Maloyakini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan memohon untuk mendapatkan pas wartawan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu. 

Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar berkata permintaan pihak polis itu - yang dilihat bertujuan untuk membezakan petugas media daripada perserta perhimpunan itu - tidak akan membantu polis dalam tugas mereka dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan aman. 

Ini jelas menunjukkan bahawa Maloyakini ingkar dengan arahan polis yang mana meminta para wartawan atau penulis laman sosial menggunakan pas sementara tersebut supaya lebih dikenali. 

Dalam himpunan BERSIH yang lepas, Malaysiakini melaporkan bahawa seorang dari wartawan mereka telah dipukul dan kad memori kamera dirampas. 

Nampaknya ketua pengarang Maloyakini lebih mementingkan berita dari wartawan, tujuan polis memberikan pas sementara tersebut adalah untuk membezakan diantara wakil media dan peserta himpunan, kerana terdapat sesetengah wartawan tidak memakai pas wartawan semasa membuat liputan. 

Tapi sekurang kurangnya pihak polis sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik, jika ada yang ingkar itu bermakna sengaja mencari penyakit sendiri, dan jangan salahkan mana mana pihak pulak lepas tu. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive