Saturday, November 3

TOKONG CROCKY EROGAN KENA GETAH YANG DICIPTANYA SENDIRI....



BN tidak melantik mana-mana pemimpinnya untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat Taman Manggis Fasa Dua Development Sdn Bhd bagi mengelak sebarang konflik kepentingan.

Pemilihan individu menganggotai lembaga pengarah syarikat itu adalah atas kelayakan dan pengalaman mereka dalam membantu BN membina perumahan mampu milik di tanah seluas 0.45 hektar itu.




Perkara ini tidah sepatutnya dipandang sebagai satu persoalan yang remeh temeh. Benda itu tidak menjadi isu. Isunya sekarang sama ada dia nak jual atau tidak. Siapa dalam syarikat itu tak penting, yang penting syarikat itu adalah satu syarikat khusus bagi BN membeli dan memajukan tanah.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng mempersoal mengapa nama pemimpin BN negeri tidak disenaraikan dalam syarikat Taman Manggis Fasa Dua Development Sdn Bhd yang ditubuhkan untuk menguruskan pembelian tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

Guan Eng mempertikaikan syarikat itu sepatutnya disertai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tertinggi daripada BN negeri.


Wakil rakyat Barisan Nasional(BN) Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng mengemukakan jawapan bagi kesemua soalan lisan dan bertulis dalam tempoh 24 jam.

Adun Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berkata Ketua Menteri hanya menjawab satu daripada 30 soalan yang dikemukakannya.

Beliau berkata semua transkrip jawapan sepatutnya diletakkan di atas meja setiap wakil rakyat selepas soalan lisan dibacakan, dan kegagalan berbuat demikian menunjukkan pengurusan kerajaan negeri tidak cekap.

"Minggu depan sudah ada sesi perbahasan. Kami perlu maklumat dalam jawapan itu, takkanlah kita nak berbahas secara rambang kerana ini akan menjejaskan kualiti debat," katanya.

Arif berkata jika Ketua Menteri tidak mengemukakan jawapan dalam tempoh yang ditetapkan, ini bermakna beliau mengaku kerajaan negeri lemah dan tiada integriti.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive