Thursday, November 15

Tahaluf Siyasi Atau Bahlol Siyes?


‘Tahaluf Siyasi’, satu konsep kerjasama politik antara orang Islam dan bukan Islam.Dalam perjuangan PAS, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merujuk kepada kerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR dalam agenda menawan Putrajaya.

Bagaimanapun hukum kerjasama politik dalam Islam ini diharuskan dengan beberapa syarat, antaranya pihak bukan Islam itu boleh dipercayai, tidak menggadaikan prinsip Islam atau dasarnya, serta tiada unsur hipokrasi tentang motif sebenar kerjasama itu dijalankan.



Namun persoalan utama di sini, apakah PAS menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat? Adakah tahaluf itu dijamin ‘halal’ sepanjang PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP?

“PAS kini semakin terbuka (kompromi). Namun keterbukaan itu sebenarnya terpulang kepada berapa banyak kerusi untuk tentukan kuasa PAS.

“Misalnya di Perak semasa tahun 2008 yang banyak menang kerusi adalah DAP tetapi PAS diberikan peluang menerajui negeri.


“Walau bagaimanapun yang menjadi tangan ghaib menentukan segala hal adalah DAP. PAS hanya boneka walaupun berada di atas,” kata bekas pemimpin veteran PAS Kedah Datuk Muslim Othman .

Ya, PAS punya golongan ulama dalam Majlis Syura tetapi sejauh mana kekuatan suara mereka dalam memastikan PAS tidak terus tergelincir daripada landasannya?

Bila sudah terbang tinggi jangan sesekali lupakan rumput dibumi. Mungkin PAS kini perlu bersedia memikirkan dan mengatur semula langkah mereka termasuk kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.
Sudah pasti kita tidak mahu melihat pisang berbuah dua kali dan tahaluf itu berakhir sama seperti apa yang berlaku semasa PAS berada dalam BN satu ketika dulu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive