Saturday, November 3

SELANGOR BAKAL DAPAT MB ICE-CREAM JAMBAN


YB Assmin Ali layak dan sewajarnya menjadi Menteri Besar Selangor. Azmin merupakan ADUN Bukit Antarabangsa yang disenangi oleh penduduk dikawasannya.

Selain itu, Asszmin juga seorang ahli politik yang berpengalaman dan telah menjadi ADUN lebih 10 tahun. Dari segi hirarki parti, beliau adalah Timbalan Presiden PKR serta pengerusi PKR negeri Selangor.

Beliau juga mempunyai kelayakan akademik yang baik di mana beliau mempunyai ijazah sarjana dari sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.




MKP percaya rakyat selangor memerlukan seorang MB yang boleh membuat keputusan berdasarkan kejituan, pengalaman politik dan visi masa depan negeri serta kepentingan rakyat berbanding dengan MB sekarang yang dilihat cenderung dan menjadi boneka DAP di negeri Selangor.

Banyak keputusan MB yang dibuat dalam masa empat tahun ini adalah sangat tersasar dan menzalimi rakyat seperti rampasan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang akhirnya mahkamah membuat keputusan bahawa rampasan ini adalah tidak adil dan tidak sah di mana YBK telah diberikan semula semula hak keatas tanah yang dirampas itu.

Skandal Talamgate dan Skandal Bas Rasuah yang hangat diperdebatkan sekarang juga meyakinkan lagi MKP bahawa jawatan MB Selangor akan bertukar milik sebelum DUN Selangor dibubarkan menjelang march 2013.

Kegagalan PKR, DAP dan PAS menukar MB sebelum PRU 13 ini akan menjadikan rakyat sangat muak, jelek dan merasa ditipu kerana disajikan dengan MB yang terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. Yang demikian pakatan ini dijangka tewas besar dalam PRU ini.

Kerusi MB Selangor adalah kerusi panas, ia akan sentiasa mengelagak apabila MB mengkhianati kepercayaan dan keyakinan rakyat. Rakyat Selangor mempunyai pengalaman menukar kerajaan dan saya yakin rakyat Selangor sekarang ini juga mempunyai keupayaan untuk menukar Menteri Besar yang telah songsang dari arus kebenaran dan keadilan.

MKP Ayat Sempoi : ASSmin Layak Ke Jadi MB?



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive