Tuesday, November 6

KARIER POLITIK ANAWAR BAKAL BERAKHIR KERANA NURUL IZZAH


Kali ini Nurul Izzah dihentam oleh pihak JATI pulak dan bakal disiasat oleh JAIS... Nampaknya kini Nurul menjadi sasaran kerana bermulut celupar dan kurang arif mengenai Islam.

Bukan dari pro kepada UMNO/BN aje tapi MKP terkejut jugak Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh, secara tegas meminta mana-mana individu termasuk pemimpin parti politik agar tidak menyentuh hal-hal berkaitan agama Islam sekiranya 'kurang pakar' kerana ia boleh menimbulkan polemik dan kekeliruan dalam kalangan rakyat.


Kiranya pihak PAS pun tak mengiktiraflah kewibawaan Nurul izzah didalam hal Agama Islam,Jika begitu kehendaknya sudah nampak tembelang PAS dan PKR didalam pandangan mengenai Islam...Macam mana PKR dan PAS cakap mereka ini bersatu didalam Pakatan Harami padahal hanya sesetengah golongan aje yang sokong pendirian sesetengan pemimpin.Sah mereka ini berpecah....?

Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu diberi kebebasan untuk memilih agama selain Islam, membuka laluan dan tiket percuma kepada mereka yang mahu menyesatkan umat Islam, kata Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali.
Beliau menambah, pendirian Izzah yang kononnya berpandukan sepotong ayat Al-Quran itu telah membuka ruang yang cuba ditutup dan menjadikan gerakan memesongkan akidah bertambah kuat dan garang.
Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.Hasan kemudiannya melahirkan kebimbangannya bahawa keupayaan majlis agama dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin, membendung gejala memesongkan akidah ini mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. 
Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya.
Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan akidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.
Hasan menambah apa yang berlaku kini membayangkan virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas. 
Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.
Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor turut mengulas kenyataan Izzah mengenai kumpulan LGBT yang mengamalkan seks dengan kaum sejenis.
Beliau berkata kenyataan Izzah bahawa "tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi" menunjukkan pemikiran Ahli Parlimen Lembah Pantai sudah jauh terpesong. 
Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti Anwar.
Izzah sebelum ini berkata "orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka", sekaligus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive