Tuesday, November 6

BARU ADA AKAL!!! TONY PHUA DIPANGGIL JPPM



Kerana mulut badan binasa,,Dah mencabar orang suruh buat report pasal isu Suaram kini dah gelabah pulak apabila dipanggil memberi kenyataan di JPPM...

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua diminta hadir untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 111 KPJ (Kanun Prosedur Jenayah) Khamis ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Pua berkata, beliau sangat terkejut apabila menerima surat arahan itu kerana yakin dirinya tidak terlibat secara langsung bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) selama ini.

Nampak sangat DAP nie suka putar-belit kenyataan yang dibuat sendiri..


“Saya rasa terkejut kerana telah pun dikeluarkan satu perintah untuk disiasat mengenai Suaram, saya terkejut sebab saya langsung tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti Suaram.

“Yang selama ini saya buat hanya ialah mengeluarkan kenyataan supaya Suaram tidak dianyai,” katanya.

Menurut Pua, surat arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah Pematuhan, Arsad Kamaruddin dari Jabatan Pendaftran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.

Pua dikehendaki menghadiri bagi merakamkan percakapan mengikut peruntukkan Seksyen 112 KPJ (Kanun Prosedur Jenayah) di JPPM Putrajaya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive