Wednesday, November 7

BARACK OBAMA MENARI GANGNAM HANYA DIDEPAN ISTERINYA?



Tahniah kepada Presiden Barack Obama atas kejayaannya terus kekal menerajui tampuk kepimpinan negara Amerika Syarikat, untuk empat tahun lagi.

Seperkara menarik, pada hari kemenangannya, beliau mendedahkan bahawa beliau boleh melakukan tarian "Gangnam Style"

Dalam satu temubual bersama radio WZID FM di New Hampshire, Presiden berusia 51 tahun itu telah ditanya sama ada dia sedar atau tidak akan fenomena Gangnam Style yang dibawa rapper dari Korea Selatan, PSY .

Presiden Obama menjawab, "Saya hanya pernah melihat sekali saja video tersebut... dan saya rasa saya boleh melakukan tarian itu," dedahnya.

Lantas apabila ditanya pula sama ada beliau akan melakukan tarian ala "tarian kuda" itu sempena hari pemilihan, Obama menjawab,

"Saya tidak pasti tetapi mungkin saya melakukannya secara peribadi untuk Michelle."MD

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive