Tuesday, September 4

Nurul Ain : Kerana Mulut Badan Merana?


Nurul Syuhada Nurul Ain telah memohon maaf melalui laman sosial Facebook beliau bagi menjelaskan 'ketelanjuran' berhubung kenyataan yang dibuat tentang Bintulu, semasa siaran secara langsung Hari Kemerdekaan ke-55 negara, Jumaat lalu.

Kenyataan maaf beliau yang dibuat semalam yang berbunyi:
"To my fellow malaysians brethren of bintulu origin, to clarify, yesterdays statement of 'daif' needs to be understood in the context that it was said i.e benefiting from the transformation programme. As an anak Jati malaysia, i wud never critisize my native soil or any of her great territories. To those who were offended, I apologise, to those who are attempting to sow hatred and fitnah, Allah almighty will be the judge of u."



"Kepada rakyat Malaysia saudara saya yang berasal dari Bintulu, untuk menjelaskan, kenyataan 'daif' semalam (Jumaat) perlu difahami dalam konteks bahawa ia telah diujar iaitu mendapat manfaat daripada program transformasi. Sebagai seorang anak jati Malaysia, saya tidak pernah mengkritik tanah asal saya atau mana-mana wilayahnya. Kepada mereka yang tersinggung, saya memohon maaf, kepada orang-orang yang cuba untuk menyemai kebencian dan fitnah, Allah yang maha kuasa akan menjadi hakim anda"

MKP difahamkan, sebelum permohonan maaf beserta penjelasan personaliti tersebut dibuat, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan bagi menuntut pengacara tersebut meminta maaf secara terbuka, yang mana telah mengguris hati penduduk Bintulu.

Dalam kenyataan tersebut, Naib Ketua Pemuda PBB, Pandi Suhaili berkata, Nurul Syuhada tidak berpengetahuan mengenai Bintulu, sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa bandar tersebut sebagai mundur, sedangkan ia merupakan salah sebuah bandar pusat industri gas dan hasil minyak di Malaysia Timur.

Beliau, dalam kenyataannya, juga meminta pengacara wanita tersebut mempertingkatkan keupayaan kewartawanan dan memastikan kesahihan maklumat berkaitan Sarawak sebelum bersiaran bagi mengelakkan mana-mana pihak tersinggung.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, turut mendesak permohonan maaf secara terbuka daripada Nurul Syuhada, yang menurut beliau telah mengguris hati penduduk Sarawak secara keseluruhannya.

Jumaat lalu, Nurul Syuhada yang berlintas langsung bersama Ahmad Fedtri Yahya sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka telah berkata bahawa Bintulu adalah "tempat yang mundur".

Beliau yang pada masa tersebut membuat ulasan bersama Fedtri mengenai Bintulu yang dijadualkan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September depan.

Selain Nurul Syuhada, Facebook MHI TV3 turut menerima tempias apabila menerima reaksi negatif daripada penduduk negeri tersebut yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pengacara tersebut.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive