Sunday, December 11

VIDEO GEMPAQ : Guan Eng Termalu Terus Pakai helmet Nie.



Kita menyelam 30 meter. Ia tidak dapat diragukan lagi." itu antara kata-kata Lim Guan Eng selepas diberi peluang menyelam sendiri selama 90 minit dalam kapal selam Scorpene KD Tun Razak di laut tidak jauh dari Pulau Langkawi.
Pengakuan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP bahawa KD Tun Razak boleh menyelam dengan sendiri mematikan tohmahan pembangkang selama ini kapal selam yang dibeli dari Peranchis itu tidak boleh menyelam.
Guan Eng menyifatkan pengalamannya menaiki kapal selam buat pertama kali hari ini sebagai sesuatu yang menarik dan mengujakan selain memuji sikap profesionalisme pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Jika anda memasuki kapal selam, ia merupakan ruang terkurung. Bagi 32 pegawai dan kru yang mampu mengendalikannya dalam ruang yang terkurung untuk satu tempoh yang lama, ia adalah sesuatu yang luar biasa dan pencapaian yang hebat. Saya amat bangga dengan mereka," katanya.
Katanya beliau menghargai sumbangan wira-wira negara yang berkhidmat untuk negara dan sanggup berkorban untuk negara, dan profesionalisme mereka tidak perlu dipertikaikan.
MKP kata:Apa lagi yang perlu dibuktikan oleh BN.Depa nie pandai kona saja.Pasti akan termalu bagaikan meludah kelangit akhirnya jatuh kemuka sendiri.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive