Thursday, December 15

MahaSiswa Dan AUKU.



Pidato lantang di speakers’ corner, membuat kenyataan akhbar, memorandum terbuka hatta demontrasi aman di kampung dan desa sering kali menjadi tanda aras (KPi) dalam kamus perjuangan mahasiswa hari ini.Akhirnya, mahasiswa secara semulajadi terbuai oleh rasa romastisme. mahasiswa melihat aksi-aksi seperti di atas ini kononnya sebagai tradisi mahasiswa – Tradisi Mencabar!

Buku ‘Mahasiswa menggugat’ (1972), Di Sebalik Tabir Politik Kampus (1995), Mahasiswa Abad Ke-21 (2005) dan sebagainya membentuk dogma-dogma stereotaip dalam kerangka gerakan Mahasiswa pada hari ini.

Begitu juga dengan subjek AUKU.Mahasiswa acapkali terperangkap dalam beberapa situasi apabila Mahasiswa berwacana subjek AUKU ini.

Pertama,mahasiswa terlalu gemar membincangkan AUKU ini sama ada perlu dimansuhkan atau dipinda; khususnya selepas Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato’ Khalid Nordin mulai menyatakan hasrat menilai semula AUKU ini.

Kedua, Mahasiswa acapkali membicarakan tentang seksyen-seksyen yang dilihat mencabuli hak asasi manusia secara berperundangan dan terlalu teknikal; padahal rata-rata mahasiswa (aktivis mahasiswa) tegas berpendirian bahawa AUKU ini mesti dimansuhkan.

Akhirnya,Mahasiswa secara semulajadi telah hilang jatidiri mahasiswa sebagai kaum mahasiswa.Mahasiswa mulai meletakkan hasrat memansuhkan AUKU ini sebagai teras perjuangan Mahasiswa di kampus dan pentas nasional. Lebih dari itu, Mahasiswa ghairah membina suatu akta alternatif bagi menggantikan AUKU tanpa melihat sisi politik KPT/Kerajaan dan keperluan politik semasa di Malaysia sekarang ini.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive