Thursday, December 8

Kelakar ! Blogger MKP Akan Menyelam Dengan Lim Guan Eng DAP Jumaat Ini?


Kalaulah diberi peluang dan dijemput,Nak tengok jugak riak muka Ketua Menteri paling malang dalam sejarah Pulau Pinang.Banyak persoalan intergriti, akauntabiliti dan transparensi yang telah dimomokkan oleh Setiausaha Agung DAP yang lebih dikenali sebagai lidah biawak.

Tetapi segalanya itu flushed in the drain dek ketidak mampuan serta ketidak efesienan Guan Eng mentadbir negeri Pulau Pinang.

Perkara ini adalah amat jelas walau pun Guan Eng sering menutupi kebusukan dan kejijikan pekung sendiri dengan statistik dan angka-angka matematik.

Persoalan mengenai pembaziran jutaan ringgit wang rakyat Pulau Pinang masih tidak terjawap sehingga ke hari ini tetapi Guan Eng menggunakan tektik biasa beliau iaitu menyerang pihak yang mahukan kepastian dan jawapannya.

Perkara ini dinyatakan oleh DS Zaid Hamidi di dalam laporan berita semalam. Menteri Pertahanan itu juga mengatakan bahawa Guan Eng telah menelefon beliau menyatakan hasrat untuk datang ke LIMA Langkawi.

Tak malu pula Lim Guan Eng bergeselan dan meminta favour daripada ahli politik parti UMNO yang selama dimaki hamun oleh lidah biawak itu! Oklah tu!

Yang menjadi tandatanya sekarang ialah apakah Setiausaha Agung DAP itu akan menerima tawaran menyelam dengan kapal selam KD Tun Razak tanpa sebarang niat untuk memburuk-buruk atau memberi penjelasan yang putarbelit selepas itu?

Kepada sesiapa yang mengikuti modus operandi dan perangai Setiausaha Agung DAP, beliau juga susah untuk menyatakan yang baik tentang pihak lawan, lebih-lebih lagi ahli politik UMNO.

Mana tidaknya, Guan Eng tanpa malu dan tebal kulit mengaku bahawa kejayaan FDI negeri Pulau Pinang adalah 'kejayaan' Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Padahal satu negara tahu bahawa kerajaan BN pusat yang berusaha dan membawa FDI ke negeri itu.

Oleh kerana peculiarity Lim Guan Eng yang boleh memutarbelitkan isu, di sini MKP tawarkan diri untuk turut bersama-sama Lim Guan Eng naik kapal selam KD Tun Abdul Razak!

DS Zaid Hamidi mungkin boleh membantu selit nama MKP tetapi apakah Lim Guan Eng sanggup menyelam bersama blogger MKP ??


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive