Wednesday, March 2

Yuhaizad Sedia Keluar Dari Kuaters,Patut Dah Lama Dah.







Calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa kuaters guru yang dihuni bersama keluarga di Kemendor sekarang dibina dengan wang Umno.
Yuhaizad berkata, jika BN berjaya membuktikan bahawa mereka sekeluarga kini tinggal di bangunan milik Umno, maka beliau sedia keluar dari unit kuaters berkenaan.
"Jika BN dapat buktikan yang kuaters itu dibina menggunakan duit Umno, saya akan keluar dari rumah itu malam ini juga," tegasnya kepada pemberita semasa ditemui berkempen di Pasar Tani Merlimau di sini, Selasa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menganggap calon PAS dan isterinya, Shakila Mohamad yang merupakan guru di sebuah sekolah daerah ini kurang berterima kasih walaupun tinggal selesa di kuaters guru.
Banyak pihak mempertikaikan tindakan calon PAS terbabit yang tinggal di rumah yang disediakan kerajaan tetapi menjadi menyokong parti pembangkang.
Sementara itu, pada sidang akhbar lain, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad memberitahu bahawa parti itu mahu bertanding di Merlimau dalam keadaan baik dan sihat tanpa sebarang kacau-bilau.
Katanya, pihaknya menolak amalan politik ala samseng yang ternyata tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak sekali pun.
"Kita amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menaikkan kain rentang berunsur fitnah bertulis "PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" dengan gambar Anwar dan "Undi PAS masuk syurga" dengan gambar Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat," dakwanya.
Bagaimanapun beliau memberitahu, pihaknya tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung perkara berkenaan.

1 comment:

vulcan933 said...

apa yang salah?kan pas sokong idea anwar.dari dulu pas jual UNDI PAS MASUK SURGA.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive